05 October 2011

Masjid Cordova - Catatan yang Kehilangan Separuh Rohnya.


"Memang fungsi masjid tu sebagai tempat beribadah, dah hilang,
 tapi zaman kegemilangan Islam dekat sana..masih terpahat di situ.
Itulah yang saya akan cari kat sana nanti."
-Suria-










__________________________________________



Kami memasukinya pada hari Jumaat, setelah sebelah paginya melawat Medina Az Zahra. 
Sewaktu mula-mula menjejakkan kaki, saya sudah tergamam. Suasana suram, dan muram. Pengunjung tidak ramai hari ini. Saya mengambil tempat di kerusi panjang berdekatan pintu masuk, sambil melepas lelah berjalan jauh sepanjang hari. 

Ditegur petugas, disuruh menanggalkan penutup kepala (snow cap). Akur.

Teringat, pertama kali 'diperkenalkan' dengan masjid ini, oleh buku teks sejarah tingkatan empat, dalam siri kegemilangan pemerintahan Islam. Yang saya ingat disebutkan, Masjid Cordova, setiap hari menggunakan minyak yang cukup banyak untuk menyalakan lampu pada waktu malam. Lambang kemegahan tika itu.

Diam, lalu terbayang..

...ratus tahun lalu, pada waktu ini, berduyun-duyun muslimin masuk memenuhi masjid, menyertai yang sudah awal berada di dalam. Di luar kedengaran percikan air, muslim mengambil wudhu'. Terpancar cahaya bersih gemilang di wajah mereka, tanda luhurnya budi tulusnya hati.

Khatib naik ke mimbar. Memberi salam, disambut salamnya serentak ribuan muslimin yang hadir.
Azan kedua dilaungkan.
Khutbah dimulakan.

"Wahai saudara muslim sekalian...

..Peliharalah iman dan taqwa, dengannya kita memacu kehidupan...

...kejarlah ilmu pengetahuan, namun jangan sampai sebaliknya ia menjadi punca kita melupakan Tuhan. Ingatlah doa indah, 'Rabbi zidni 'ilma'. Segala ilmu adalah kurniaan Tuhan, bertambah ilmu, bertambah teguh pulalah kepercayaan kita kepada-Nya...

...bantulah fakir miskin antara kita, yang sebenarnya akan menjadi bekal kita sendiri. Bukankah hari akhirat itu yang lebih baik dan lebih kekal?...

Setiap yang hadir mendengar penuh khusyu'. 

Usai solat, masing-masing meneruskan kehidupan. Rancak. Peniaga kembali ke kedainya, penulis dengan dakwat dan pena, khalifah menguruskan negara. Semua bekerja dengan semangat baru, setelah dikumpulkan bersama sekalian saudara muslim, diingatkan dalam khutbah, bahawa pekerjaan umat ini, mereka pikul bersama.

...


Itu ratus tahun dahulu. 
Kini kami di sini bersambut sepi tiang-tiang, dan mihrab yang turut berhiba. Menangisi gereja yang dibina di ruang tengah masjid, mengadukan 'sunyi kami dari kalimah tauhid.'

Sedangkan mahu duduk merenung berfikir pun sudah dimarahi petugas, apatah lagi kalau mendirikan solat!

Cuba kita fikirkan, adakah umat Islam di sini dahulu terbayang bahawa suatu hari nanti, masjid rumah ibadah mereka saban hari akan menjadi tempat sembahan Tuhan Tiga, solat tak lagi didirikan, azan tak lagi dilaungkan?

Bagaimana kita di tanah air sendiri? Terjaminkah masjid-masjid besar tidak akan menjadi tempat sembahan kaum kuffar? Tidak sanggup rasanya membayangkan, masjid-masjid di negara kita sendiri bertukar fungsi sedemikian rupa, sedang kita di situ, menyaksikannya. 

Atas kerisauan itu, saya yakin setiap kita ada bahagian dan perjuangan masing-masing. Jikalau boleh saya berpesan, dan ini sebenarnya pesan saya pada diri sendiri,
" Jagalah hati. Itu masjid pertama kita."

__________________________________________


Ya, saya katakan kehilangan separuh rohnya. Sebenarnya, ini tulisan terkemudian, kerana yang pertama, ditulis benar-benar di dalam masjid tersebut, telah hilang bersama buku catatan. Dan saya tahu takkan sama. Saya tidak mampu menghadirkan 'dia' yang menulis tika itu, walau mencuba berkali-kali.

Namun, sekurangnya, masih ada separuh, untuk saya mengingat luka dan cinta ini. 

12 comments:

Raihana Nazri said...

T.T

Masjid pertama-hati.

Aku harap dapat pergi, nak jumpa si 'dia' yang kau hilang tu.

Anonymous said...

as always...i'm touched with ur words...it make me feel the pain in there even though i'm not there....

tepianmuara said...

rai,

Plan betul2, insyaAllah, it's gonna be worth it.

( kalau jumpa, bagitau aku.)



Anon,

gulp.

Still, writing this, something was not right. I'm feeling guilty along the way.

Hope you were relating to the 'right pain'.

semoga sampai ke sana juga.

Anonymous said...

i can feel that some words are missing,
it' either intentionally omitted or we just lost them between transitions.
still, reading them brought me into tears.

masih namun
dirasakan pedih dan cinta yang mahu kamu sampaikan

semoga tidak kita sunyikan masjid di hati
agar megah islam kembali




bisa mungkin kita berazam,
kali ini merampas tanah al hambra dengan budi halus, tinggi ilmu, dan bukan kezaliman

:)


makasih haniff.

tepianmuara said...

'semoga tidak kita sunyikan masjid di hati
agar megah islam kembali'

suka yang ini.

takut sebenarnya.
rindu sebenarnya.

sama-sama kak.

Nur said...

I remember distinctly that my dad insisted of visiting this place, yet my mum refused with all her heart as she wanted to shop.

Torn into half, I had to accompany Mum as there was another girl who was kindly offered her service to accompany Dad.

Until to this very day, I regret it. I really want to see the inside mosque, yet fate wasn't allow me.

SV told me that he was very fortunate to be able to pray Fajr inside the mosque. Twice. Ignoring the warnings of the guards.

How I envy him. And you. And Dad.

tepianmuara said...

Maybe fate has another plan for you and Cordova Mosque. One that will be more beautiful, one that you'll relish most.

'Percaya. Tuhan selalu punya rahsia.'FT

So, how's Teluk Intan?

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Puisi pendek si penulis Suria tu,sy tertukar pula dengan penulis bernama Sury.Nama hampir sama.Baru ingat nak mintak kalau ada link tadi.


"dan seorang demi seorang pergi meninggalkan
dengan perlahan seorang demi seorang melupakan.

dia tertinggal berulang kali.
dan berulang kalilah, tiap malam dia berdoa,
agar ada yang akan mengutipnya pergi"

~Kupu-kupu Malam~
~Sury~

Tukar topik;manusia selalu melihat dengan biji mata sahaja(maybe sebab tu wujud perkataan 'semata-mata'=lihat dengan mata sahaja),bukan mahu melihat dengan mata hati.Akibatnya,fitnah banyak berlaku,amik keputusan tergesa-gesa,tak mampu mentadabbur setiap kejadian yang berlaku dalam hidup,yang baik dilihat jijik dan dicaci,yang jijik dilihat mulia dan dipuji.Mati sia-sia.

Walaupun hati tu tidak putih,tetapi fitrah manusia senantiasa mahukan yang bersih.Lagi2 lah bila digilap dengan iman.bersinar2 bak cermain yang silaunya memanah syaitan yang mendekati.

Sama2 mendoakan insyallah.

~sukainah

tepianmuara said...

Waalaikumussalam warahmatullah

1st part

Tulisan 'Suria' tu saya kutip dari dialog watak dalam Suria di Cordoba, siri yang ditayangkan di Astro.

Ini linknya;
http://puisipendek.blogspot.com/2010/07/kupu-kupu-malam.html

Oh, rindu abang. Selepas menghantar malam itu, baru kami perasan konotasi maksud 'kupu-kupu malam' itu. Sesal juga tidak benar-benar membaca. Tentu sahaja kisahnya berbeza, tapi sungguh indah ia diungkapkan, saya kira.

tepianmuara said...

2nd part

Menarik sungguh tentang 'semata-mata' itu. Saya selalu percaya di sebalik istilah yang digunakan, memaparkan pandangan alam pengguna sesebuah bahasa. Tidak kurang kaya bahasa kita ini.

Memandu hati. Memandu laku. Bukan mudah tentunya. Iman. Taqwa.

Terima kasih kak.

Ya, sama-sama mendoakan, InsyaAllah.

Anonymous said...

lari topik lagi.maaf tak ada kaitan dgn entri ni.
~sukainah

tepianmuara said...

hah.

You are most welcome here.
Feel free to comment anything.

=)