01 November 2011

Lelaki dan Ais

di Uludag, Turki

di Ajloun, Jordan




“Lelaki, kata-katanya seperti ais.
 Sesaat sahaja boleh digenggam,
 sesaat kemudian tanpa sedar,
 ia mengalir hilang daripada genggaman, 
meninggalkan jari-jari yang sakit.”

Bahruddin Bekri, dalam tulisannya di sini

____________________

Teringat terlihat buku-buku Bahruddin Bekri di Pesta Buku Selangor semasa pulang ke tanah air tempoh hari. Cuma belek-belek, kemudian memburu buku seterusnya. Hari ini baru tahu, betapa menyesalnya saya!

Entah. Membacanya memberi rasa magis, rasa sama ketika saya membaca cerpen-cerpen awal Faisal Tehrani. Saya juga tidak tahu adakah gaya berceritanya sama atau bagaimana, tapi...begitulah.

_______________________

Sungguh janggal ditanyakan tentang lelaki oleh orang-orang tersayang.
Terkebil-kebil saya tak bersuara.
Bagaimana saya harus membalas?
Mengatakan yang sejujurnya?
Bagaimana jika 'sejujurnya' pada saya, sebenarnya hanya setitis air sebuah lautan?

Haruskah saya beri amaran,
" Lelaki, walau bagaimana baiknya dia, tetap seorang lelaki."
Ayat yang seolah seimbas saya faham, namun tetap mengandung rahsia yang dalam.

Atau saya memilih berdiam?
" Kebenaran adakala tak harus dibongkarkan, kerana kambus lenanya menitip aman semua."
Lalu seperti membiar dia terkapar merasai sendiri pahit pengalaman.

Bagaimana jika saya katakan,
"Tuan kenalkanlah pada saya. Saya lihat subuhnya."?
Siapa pula saya menghakimi demikian.

Akhirnya, saya serahkan kepadanya tulisan ini,
jua dari Bahruddin Bekri.

Terima kasih.





10 comments:

Unknown said...

Man, my poetic side is really rusting up.

I felt like shallow minded noob reading this article.

Loh.

Ala, aku nak sangat baca buku novel melayu kat US nih. menyesal tak borong dari Malaysia.

Again, nice post haniff - eh you'll always did it, so compliment is redundant I guess.

Unknown said...

Ok aku dah baca petikan di blog dingin tuh.

Dalam suasana dingin 3 degri celsius ini, mindaku rasa terhangatkan dengan sentuhan kemas tulisannya.

Man, that man's awesome!

Asif said...

Beautiful..

pakurawan said...

amboi tak boleh tidur nampak?

zikri said...

lelaki,jika dia ais, cume boleh mendinginkan..
tapi belum pasti boleh memadam bara yang tersimpan...

mood:bingung.

Najwa Najihah said...

Tulisan Tuan Bahruddin Bekri mampu memberi kesan seperti Faisal Tehrani juga. [mungkin..]

Penceritaannya agak mirip cuma lebih santai.

Bila pulang ke Malaysia, boleh borong ya. ^_^ [teruskan aktiviti memburu. hehe..]

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
~PENCHENTA~ said...

Nais!

Eh. Dekat eh dengan Turki?

Anonymous said...

SyazwanAdzhar,

been missing you. boleh bagi no fon ko kat US tak? plis. =)

betul, tulisannya kemas, dan mengalir. selamat wan!


Asif,
Alhamdulillah


hazen,
haha. kau dah nyenyak, siap berbahasa dalam lena.

haniszikri,
Ais menanti puntung rentung
lalu memesrai abu.

Api (dan seluruh dunia) mengadili
sebenar bijak
atau sesungguh takut.

meski dalam senyum
tidak kurang selalu
ais jua tidak tahu.

eheh. tambah bingung tak?=)


Najwa Najihah,
Faisal Tehrani tentunya di kelas tersendiri. ya, ya, doakanlah. ha


Penchenta,
Hmm, kira dekat gak lah. kena rentas Syria dulu.

-haniff-