26 September 2010

Bercuti.

Masing-masing kawan-kawan tentu ada pengalaman menarik cuti kali ini kan.
Ini antaranya dari saya yang ingin dikongsikan.




Perjalanan Pulang Ke Kampung



Terperangkap dalam kesesakan jalan raya di simpang empat Hutan Melintang. 1 kilometer, 4 jam! 
Gara-gara lori kontena minyak bertembung. haih. Nasib baik bukan ketika raya.
Sempat juga berkenalsembang dengan pemandu lori depan belakang.





Kebun Abah



Ayah saya beritahu pantun ni lengkap dengan syarahnya sekali.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Dan pertama kali juga makan buah senduduk. Rasa macam beri. 



Bunga kantan ni lagi cantik dari bunga ros apa.
Kenapa tiada yang bagi hadiah ini hah?








Kebun durian. Muda. Belum ada hasil. Pergh, membayangkan rasa durian kebun sendiri.





?



Perjalanan menjenguk nenek. 100 meter hujan, 100 meter reda. Silih berganti.
Awan yang membawa hujan, kadang disambut dengan senyuman, kadang hadirnya menggelisahkan.




Memancing di Sungai Perak


Mula bergerak hampir jam enam. Air sudah mula surut.

Here we go!

Oh. Ayat untuk yang ini saya simpan. hah


 Dengan Wak Usop, pakcik saya, pemilik bot, dan 'orang lama' sungai ini.

Ok. yang ini kecil.

Hasil tangkapan malam itu. Udang galah, ikan lundu, ikan duri, gelama dan belut.


Juga menikmati 'persembahan' kelip-kelip sepanjang pesisir sungai.

  Pengalaman. Kenangan.
Sudah rezeki mata, bukan rezeki mulut...




Fuh

Setelah merasa...


gigitan mesra kerengga,
lazatnya biji sawit segar manis berlemak,
ditumpang teduh (dan darah) kepada si pacat,
badan dan baju berbau tanah liat,
memancing si jenggo udang galah,
nikmatnya bilah hujan hampir saban hari,
nikmat cendol pada terik mentari,
kurnia gemilang sang bulan nusantara, 
menatap wajah ayah ibu tercinta,

dan lain-lain indah-indah yang sukar buat diucap atau ditulis,




Saya tahu,
sudah sampai masa....

saya 'pulang' ke Jordan!


12 comments:

Unknown said...

ah, cuti yang indah.

yeah. 'pulang' ke tanah orang.

harap2 tak ambil masa yang lama untuk tune mode cuti kepada mode study.

ha.<-cara ko gelak dalam ym.

haha!

Anonymous said...

pulanglah. jangan tak pulang-pulang ye =)

wah, bestnya ada kampung.. aku selalunya meredah hutan konkrit.. sesekali bercanda bersama sepupu sambil memetik-metik pin boling.

ataupun, sekadar berbaring, melayan kantuk.

dan, dan, itu pun cukup menggembirakan.

ha.

arekymz said...

assalam.
seronok x dapat balek kg kejap?
release tension sket kan.
best la ade kampong.
terase nak ade kampong lak.
huhuhu..

QteenaHazman .: said...

slmt pulang~ :)

Miss X said...

Bunga kantan... :(
Ini adalah satu kekejian.

tepianmuara said...

>hazen
haha.
cis.

hazen yang semangat study.
(biasalah, awal sem)

hehe


>aeisyulillah

terima kasih mengisi cuti aku.

Substance, not form, matter most.

ha.


>Luqman
yup!(selalu balas komen kau dengan 'yup' kan)

Sangat rasa 'pulang ke asal'.


>Lurvehater
(selalu pelik ngan nickname ko nh..=). qustina kan bes)

trimas.


>Kak Syi.

hah. berguraulah kak.

Nur said...

Salams,

Haniff, Haniff ini orang mana? Akak pon terperangkap di Hutan Melintang masa lori terbalik, akak dri sabak bernam menuju ke teluk intan, memang 3 jam setengah terperangkap. Dalam hati berkata - inikah ujian bulan syawal!

Owh, best nya memancing menjala memukat! Jeles jeles jeles. Abah tak pernah benarkan aktivity di sungai.

tepianmuara said...

> Kak Nur

Err, nama penuh akak apa?

Owh.
memang dahsyat kan kan kan.
saya orang tanjong karang, mahu ke rumah pak cik.

hampir 4 jam tu rasanya bergerak tak sampai 2 kilometer pun.

solat asar, mghrib dalam kereta dibuatnya.

n the best part was those breathtaking sights of fireflies.
(saja tambah jeles)

senyum.

Nur said...

Haniff,

Idok la payoh tau nama akak, hahaha, kak Nur sahaja sudah cukup, segan akak.

Rumah pakcik dimana? Owh rumah akak di teluk intan, ada urusan di sabak, tapi sudah solat maghrib di masjid sabak, alhamdulillah, makanya sampai teluk intan pukul 11.30 malam. Aritu akak record driving from the jammed place to batu 10 (tempat kemalangan), cuma 5 min sahaja (tolak tunggu traffic light). Sabo jer la..memang betul, sempat juga berkenalan dengan abang bawak lori...abah akak ler..:D

Owh, orang jowo kah? Bisa nggommong jowo bukan? Jeles.

owh, macam bersembang real live sahaja , padahal memberi komen, maaf ya

tepianmuara said...

Kak Nur,

(jawab dari bawah)

Tentu..but, to my regret, just like my english, arabic, they are not polished..hah.

Rumah mbah di Tanjung Sari, dekat jambatan Sultan Yusof tu( ok, akak tak tanya pasal nh pun)

Rumah pakcik kat seberang perak.

Aduhai..sabar je la dalam kete tu.
kalau merangkak pun rasanya lagi laju. Takpelah, peluang 'menikmati kesunyian' dengan sang ayah.

oh, kirim salam dengan 'abang'.

=)

Ain Mardhiah said...

wah bestnya balik kampung! jeles2x..

kampung akak dekat sangat dengan situ. Sabak bernam batu tiga lapan. Naik basikal pun boleh sampai hutan melintang.

tepianmuara said...

=)

owh. ramai saudara saya di sabak bernam.

yup,memang dekat.