07 September 2010

Simfoni

Ini tulisan ibunda saya. Entah bila beliau menulisnya, saya tidak tahu. Tapi ia ditulis dengan mesin taip, tentu-tentu-tentu sudah lama kan.








Simfoni


Damai simfoni membelah sayu,
Pungguk merindu rembulan,
Lembayung senja menunduk layu,
Ratapan dara merayu rawan.

Tiba-tiba guruh membelah
Bumi merekah
Lantas cahaya kelam.

Tinggallah si pungguk
Menghitung langkahan malam,
Dan rembulan tidak muncul lagi,
Terbanglah pungguk merindu menanti.

Tiba di suatu perhentian,
Pungguk sedar betapa agung.
Erti sebuah impian.



-Ainon Ahmad-
_________________________________________





Kelmarin, tiada bintang di dada langit.
Bulan, meski tanpa teman, masih tersenyum.
Kali ini runcing tipis . Manis.
Namun, hati saya terhiris.
Dia dengan itu, memberitahu,
Lanjut sudah umurnya.

Dia.....Ramadhan,
Ingin berangkat pulang.

Err..agaknya ia merindukan kita tak?


Ramadhan, tak boleh extend dalam 10 hari ke???ishh...hah.
______________________________________

8 comments:

aishah_conteng_je said...

saratnya rindu dalam puisi ibu kamu.

Puan Ainon, salam hormat :)

haih,bahasa orang lama. tak pernah bisa terlawan.

teringat gaya bahasa Pak Hamka dalam 'di bawah lindungan kaabah'





cuba kamu tahan si bulan.

tepianmuara said...

>Kak Aishah
=)

itulah.
Saya tiada 'Di bawah lindungan Kaabah', tapi akan membaca 'Tenggelamnya kapal Van Der Wijck', insyaAllah.

Bulan?
Risau jiwa saya tak pernah cukup besar untuk itu.

SyAKir uZaiR said...

salam
sbnrnye ak nk komen pasal penulisan mak ko je
nh puisi jnis ape ye??sajak??
pnulisan yg sgt bgus,
jalan cerita dan pngajarn yg mudah dgarap d sebalik pggunaan bhse yg tggi =)

SyAKir uZaiR said...
This comment has been removed by the author.
Syahida Majid said...

Masha Allah

Semakin melangkah, semakin mengenali insan, semakin aku tahu aku ni siapa. Hamba rupanya

Maha benar Allah. Ilmunya sedikit titis pun tak tersedut oleh kita.

Masha Allah, kalau manusia boleh begini, Maha Hebat lagi Allah!

Allahu Akbar

tepianmuara said...

>Syakir

yup.sajak.
seronok selongkar khazanah tulisan mak lama-lama.

>Kak Nur Syahida
Kak, akak baru belajar cakap bahasa ferancheese ke?

(x faham)

heh.

Anonymous said...

assalamualaikum.

hebat sajak ni.

first time komen di sini. =>

-K.Munirah-

tepianmuara said...

Waalaikumussalam Kak Munirah

segan saya orang hebat datang menyinggah di sini.

=)