05 September 2010

Wajah Kesayangan Hamba


Tulisan sahabat saya, Syazwan Adzhar buat 'sebuah sekolah agama di Subang Jaya' ini.

SAMBEST...
rindunya...
sayangnya..
"ya Allah, Kau suburkanlah bumi Bestari ini dengan siraman Tarbiyyah dan baja tazkiyyah.
Agar kan bertunas daripadanya pohon-pohon yang utuh menjunjung Ad-Din-Mu , tekal menghembus udara da'wah dan teguh menapis debu-debu noda. Rahmatilah peladang-peladang cekal yang setia mencurah bakti untuk bumi Bestari, sebagai tuaian di ladang Akhirat. Amin ya Rabbal Alamin."





Assalamualaikum.

Kalau bukan sebab Hari Merdeka saya memang sudah ke SAMBEST Rabu tempoh hari.
Tangguh plan esok harinya.
Rindu sudah tak tertahan.

Deenie beritahu, Hatta menanti saya untuk ke sekolah bersama. Rombongan Jordanlah kiranya. Tapi, kali ini, saya kira lebih selesa seorang, ada misi untuk disempurnakan.

Menumpang Pakde Marais ke KLCC, kemudian menaiki tren ke KL Sentral, ke Subang Jaya. Seterusnya bas ke Summit. Dan memilih berjalan kaki ke sekolah.

Pergh. Sepanjang jalan kenangan.

Kenangan berlari-lari pulang mengejar waktu habis outing setelah menonton movie dengan Ammar Adam.
Hampir setiap kali, dengan baju batik 'tak kunjung renyuk' itu.
Atau sekadar mahu melihat 'dunia luar' setelah seminggu terperap 'di atas bukit'.
Untuk melihat-lihat buku di Popular sedang tahu diri tidaklah berapa mampu membeli.


Masakan tidak sayang, lebih seribu hari-hari remaja saya habiskan di sini.
Masakan tidak sayang, setiap waktu menyaksikan guru-guru mencurah bakti.
Masakan tidak rindu, berjuta kenangan tercipta mengenal persahabatan.

Masakan tidak rindu, dengan masakan acik DM (???)

Jumpa guru-guru.

Bilik Ketua Bidang.

Teacher Mariana, Ustazah Rasyidah, Ustazah Farhana Paat, Teacher Rohaizad, Teacher Husniza.


Bilik Guru Perempuan

Wah, ramainya!
Teacher Norhajratuliqma, Cikgu Kasmani, Ustazah Sharmilahida, Teacher Husna, Teacher Norkiah, Cikgu Umi Khasiebah, Teacher Umi Kalthum, Ustazah Suriati, Teacher Norashikin, dan lain-lain.

Bilik Guru Lelaki.
Cikgu Amir, Cikgu Raouf, Cikgu H.Wahdi, Ustaz Majdi, Ustaz Zaidi, dan lain-lain.


Semua tidak lokek memberi pesan. Sesuatu yang saya perlukan. Dan saya hajatkan.


Reunion





Entri ini sempena reunion sebenarnya.
Dan, untuk kawan-kawan yang turut berkongsi rasa, selamat 'berkenalan semula' esok ya!
Tak sabar mahu jumpa, lagi-lagi si Nidzam Yatimi, Syazwan Adzhar nh. Hah..moga dimudahkan perjalanan masing-masing.

Selamat malam. Selamat 'bangun qiam'.

8 comments:

Aishah Nur Hakim said...

rajin pula update sekarang.


sekolah, adalah suatu tanah jajahan paling bebas yang sebenarnya telah membentuk jiwa-jiwa merdeka kita.


kalaulah tidak kerana Allah izinkan kita bersekolah~



ya,...bangun 'qiam' la ni
-_-"

Salsabila said...

Eh sambest? :)

kamal abdullah said...

kim salam kat nizam yatimi ye...

Anonymous said...

Doakan kami,

'para peladang' ini terus kuat.

Sungguh jalannya benar berliku.

Moga bumi Bestari terus subur dgn hujan rahmah.

Andainya masih ada waktu utk kami,

moga saja waktu itu ialah waktu utk kami

melonjak kejayaan~

[F3 SAMBEST 2010]

Anonymous said...

owh.hari ini reunion..

rindunye.nak pegi jugak!!

lagi2, kwn2 sebuk bercerita nak pakai itu ini di FB..

tepianmuara said...

>Kak Aishah
Maaf kalau itu jadi pencuri masa akak pula, membaca tulisan-tulisan hampas di sini.=)

Semangat tiba di tanah air, nanti dah settle down, slow balik laa..hah

sekolah itu tentu terbaik... untuk setiap kita.



>FAFA
yup.mengapa?
Oh, terus teringat ada yang belum tertunai.

>Kamal.
InsyaAllah. lain-lain bagaimana?ha

>twinglingthinker
yup. semoga terus gagah.
setiap era, lain ujiannya.

>Raihana nazri
hah..masing2 macam mahu bikin jeles.
tapi tak rasanya sebenarnya,
'pelajaran menghargai' itu sungguh luas kan?

=).

Miss X said...

Kalau difikir balik, waktu K.Syi Form 5, korang Form 2! Waw! Kalau zaman sekolah, sebelah mata pun tak pandang junior lower form ni, darjat lain!

Tup tup hari ni seangkatan. Heh

tepianmuara said...

>Kakashi

Enggang dan sekawan pipit;
meski lama terbang bersama,
(tetap) manakan sama darjatnya.

hah.