29 March 2011

Venice

26 bulan Satu tahun ini.

Tiba di Milan Malpensa Airport, dari Airport Madrid. Terjadi adegan 'mamai-mamai' tinggalkan beg, menonong je keluar. Nasib baik ada ahli kembara yang prihatin mengangkat beg-beg berat yang lain. Ya ampuun. hah.

Kemudian, kami menaiki Malpensa Shuttle ke Milan Central Station. Kami terlepas tiket train murah. Kami tersalah ( saya tak tahu ) tengok tiket hingga 'silap' tempat duduk. Lari-lari tukar tempat sambil sangat malu dengan penumpang yang 'memberikan tempatnya untuk kami duduk'. Kami ( saya ) 'terlupa' stamp tiket, hingga ada kemungkinan disaman. Ish ish ish.

Ha, belum habis lagi. Kami ambil vaporetto no 1 ke Hotel Alla Salute.




jangan berdiri!!

Dalam vaporetto tu, saya bertanya pada ahli kembara,
"Apa bestnya Venice ni?"

..hingga ada yang sungguh-sungguh mahu ke mari...

Err, saya lupa jawapan apa yang diberi. 



Hotel ini memang sebenarnya terletak dua tiga minit je dari 'pangkalan' tapi, kami terlajak (sekali lagi, salah saya) . Pengajarannya, semasa kembara, untuk memastikan kita menuju ke tempat yang betul, kita perlu dua;
1. Peta
2. Bertanya orang tempatan.

Salah satu pun sudah cukup, tapi bukan dalam semua keadaan. Keadaan ini, contohnya.=)
Kembara ini, dan kembara seluruh hidup kita.

Ok. sampai hotel. Ingatkan sudah boleh rehat, rupanya.......


......kami diberi peluang mengenali Uncle Aziz dengan lebih 'mesra'. ahaks.





Setelah mengetahui kami boleh berbahasa Arab, layanan beliau berubah 180 darjah.
Tiba-tiba kad kredit 'kami' valid.
Tiba-tiba, bilik yang sebelumnya 'penuh' ada dua katil kosong.
Tiba-tiba, kamilah 'ahsan nas'.
Beliau menyebut, selalunya, pelanggan, bila keadaan begini, akan mengherdiknya.
( Kami memanglah tidak, sebab tiada seorangpun yang 'berbakat' untuk itu )

Bak kata ahli kembara, memang 'penuh pancaroba'. fuh.

Kepenatan, emosi dan fizikal, malam itu, kami rehat sahaja dalam bilik.


Saya tak lama kemudian turun ke bawah dengan hasrat untuk mendapatkan secawan hot chocolate sebagai teman menulis. Sambil duduk-duduk, saya bersembang dengan seorang lelaki yang berasal dari Vietnam, menetap di Australia, Nguyen Minh namanya. Beliau kemudian mengajak saya keluar melihat-lihat Venice pada waktu malam. Saya setuju.

Beliau merupakan seorang guru high school di Australia. Malam itu, beliau menceritakan hampir seluruh perjalanan hidupnya. Dari kecil, dibawa ibu ayahnya ke Australia sebagai imigran kerana Vietnam yang bergolak. Pengalamannya sebagai 'the second asian' ( abangnya yang pertama ) belajar di sekolah rendah itu. Melanjutkan pelajaran. Degree engineering. Bekerja bertahun-tahun di pelantar minyak. Big money, no life, katanya.

Tentang soulmate. Tentang kembaranya seluruh dunia, apa yang dicari. ( Ini merupakan minggu keenamnya mengelilingi Eropah).  Tentang iklim politik, sosio-ekonomi Australia. Tentang Berlin...sampailah kepada nasi lemak KLIA. Nasihatnya tentang hidup, saya simpan kemas dalam ingatan.

Kami ke Piazza San Marco dan Rialto Bridge. Oh ya, Venice ni sangat kecil. Nak pusing seluruhnya satu malam pun boleh ( kalau tak sesat ).

Semasa berjalan-jalan malam inilah, tiba-tiba kaki saya sakit. sejuk sangat mungkin. Atau kasut tak berapa sesuai. Ditahan-tahan. Sampai di Florence, 'tertunjuk' pula, sampai kena 'macam hape je tengok jalan'. Adeh.





Malam di Venice sangat sunyi. Katanya, penduduk asal sini pun berpindah. Disebabkan kos sewa dan kos pembelian amat tinggi, banyak rumah terbiar kosong tak berpenghuni. Macam bandar tinggal pun ada Venice ni pada waktu malam. Ada orang mungkin merasa tenang. Ada orang mungkin merasa seram.

Kami tiba semula di hotel hampir jam satu pagi. 

Tarik selimut. Hari yang panjang. Terus lena.









27 bulan Satu tahun ini

Pagi bergerak ke Piazza San Marco.



Kita nak ke sini, Rialto Bridge. hah.



Academia Bridge kalau tak silap.


atasnya.

Piazza San Marco. San Marco ni ialah saint kedua mereka selepas Saint Theodore.
Sebagai simbol kemerdekaan dari Rome. Menara (campanile) tu sedang dibaikpulih.

Menara 'jam'. err, lupa sebenarnya nama bendalah ni.

Basilica. Masuk pusing jelah.

Palazzo Ducale dari luar.




Merpati di San Marco ni memang terjinak di dunia lah rasanya. 
Siap naik-naik atas kepala lagi!

"Cepat gerak. Tu serangan dari Jepun dah sampai!"
ayat Sadis yang sebenarnya lagi sadis. Saya dah lupa. ha






Di Palazzo Ducale, pusat pentadbiran Venice berkurun lamanya.


Correr Museum kalau tak silap. Bila tengok library je, zup!, teringat 'encik yang mahu baca bila penat pulang kerja'. This one's for you, if you drop by. Just in case. =)

Tapi macam tak praktikal kan, kena panjat-panjat untuk ambil buku tu. aha.



Pastu gi Archelogical Museum, tengok mumia. 



Kepenatan.

Gondola. Gondola. Gondola.
Sangat mahal. 100 euro sekali naik. 
Terfikir balik, pengalaman bersampan di Sungai Perak tu lagi berbaloi.

Tata gondola.

Rialto Bridge.

Jumpa dengan pasangan ini. Lupa nama mereka.
Tapi, saya terus teringat, kan bes kalau bawa mak abah ke sini...



Dari Rialto Bridge.

 
Singgah rehat, cuci mata di sini. Sadis beli stokin (?).



Petang tengok sunset dan beberapa galeri. Rancangan ke Murano island dibatalkan sebab...pekerja mogok!
"It's all about money.", kata akak kat kaunter tu.

Mentari tak kelihatan.

anek wong gerathil.
Saya pun tak tahu mana seninya.

" Tuan berdua mahu ke mana?
Jangan lupa pulang ya."
eceh!



Malam tu ingatnya nak cuba makanan tempatan venice. Risi e bisi dan sardelle in soar.
Cari punya cari, pusing punya pusing, restoran kebab yang kami jumpa!
Pemiliknya Amir Hamzah.
Terima kasih kerana memotong Pizza Italiano secara 'adil'.
Terima kasih bagi 'kuih' percuma.
dan terima kasih bagi pinjam marker. hah.



Jumpa Siva."Hey, I'm Malaysian too. From Pahang"

Saya ada merancang juga nak keluar solo tengok ghetto, kawasan penempatan yahudi. Khabarnya locals lepak kat situ. Tapi rupanya ada yang keluar dulu. Tunggulah.

Sembang panjang denga Elvis dan Andrew. Division One hockey players in France, having their holidays here. About cost of living in  Malaysia, their playing career, their opinion about Islam.
Elvis goes, " No, I know nothing about Islam."
But then, after a while, he asked," Is it true that in you religion it is allowed to take more than one wife?"

Reaksi sebegitu bukan yang pertama saya terima bila bertanyakan soalan yang sama. Berkali-kali. Islamophobia mungkin. Itu yang diberitahu kepada mereka.

It was almost 2 am by the time we end the conversation. Plan cancelled. I decided to save myself for tomorrow.



28 bulan Satu tahun ini


Venice was an imperial empire. Simbol singa, penguasaan laut dan darat.







Museum Navale.
Sembang-sembang tentang apa yang kami lihat semalam di Palazzo Ducale, Correr Museum, Archeological Museum.
Memang banyak termangu-mangu sebenarnya. Dan menguap!
Sebab kami tak faham. Banyak lukisan-lukisan. Tiada penjelasan. Dan pula, kami datang tanpa persediaan.

History is indeed a puzzle. In every sense of the word.
Dari Venice, saya melihat Constantinople. Sejarah Perang Salib ke-4 dan pengaruhnya dalam pembukaan Constantinople oleh Sultan Muhammad Al Fatih.
Dari Venice, saya melihat kemegahan Melaka suatu ketika dulu. Sehingga dikatakan oleh Tom Pires,
"Whoever is lord of Malacca, has his hand on the throat of Venice"

Mengapa sampai begitu sekali Tom Pires menggambarkan? Sehebat itukah Melaka? Teringat pula saya pada ceramah Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau menyebut bahawa sejarah 300 tahun kegemilangan Melaka 'dipadamkan' oleh penjajah. Strategi sama. Begitu jugalah yang dilakukan Belanda pada Acheh. Pada Andalusia.

Dalam perenggan pertama kata sambutan Jejak Risalah di Nusantara V tulisan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor, disebutkan,

"Tidak ada yang tidak setuju, bahawa sejarah adalah hal penting dalam kehidupan manusia. Untuk melihat masa depannya seseorang perlu melihat masa lalunya. Al Quran dipenuhi oleh pelbagai cerita umat-umat terdahulu. Dan umat Islam diminta bisa mengambil hikmah daripada kisah-kisah masa lalu, untuk menjadi bekal dalam menyongsong masa depannya. Maka jangan heran, jika setiap bangsa senantiasa merumuskan sejarah masa lalunya. Sejarah juga sangat penting bagi kebangkitan suatu bangsa atau peradaban. Muhamad Asad ( Leopold Weiss ) di dalam bukunya, 'Islam at The Crossroads' menulis, "No civilisation can prosper-or even exist, after having lost this pride and connection with its own past."

Dan kalau ada orang menanyakan, yang berakar seolah "Bagaimana Islam mahu memerintah?", saya terus terfikir ini. Saya terdiam. Soalan itu sendiri timbul melihat keadaan semasa, kita ketandusan teladan. Dan jawapannya hanya akan ditemukan kalau kita mahu menyelongkar semula lembaran gemilang silam.
Bukan hanya buat ditangiskan, dikenang, 'padanya muslim menengadah', tapi agar kita sedar sejarah umat Islam sesungguhnya luas, sangat luas. Jawapan telah ada.



Pengaruh Uthmaniyyah.




Tiba-tiba..

Secret Battle of Majesty!! Out of nowhere. Sebab nampak baju kelasi bertulisan cina kot. It was like years of burden released. Yelah, cuba bayang, sembang selalu dengan kawan-kawan kencang je pasal Journey to The West, Fong Sai Yuk , Lingwu Chung, The Legend of Condor Love... tapi bila sampai Secret Battle of Majesty, semua geleng-geleng kerut dahi tak tahu!

When the hype finally ceased, (ye, saya terkinja-kinja seperi budak-budak, which is still now) saya terfikir, betapa cerita-cerita yang kita tonton waktu kecil akan memberi everlasting impression. Menyebut tentang melentur bulur. Menyebut tentang tarbiyah. ( Sori bahasa tunggang langgang. Ponin kepala dah ni ).





Balik dengan vaporetto. Lihat rombongan gondola. Kami 'tempah' seat belakang. Sepanjang perjalanan menikmati Pizza Italiano (Bangladeshi style..ha).

Deru bot.
Lembut angin.
Masin hawa laut.
Hangat pizza.

..dan lain-lain rasa yang gagal saya tumpahkan dalam acuan tulisan.

Fuh.

Antara dua darjat, antara dua nikmat.

Bagi saya, ni memang 'moment of the trip' lah.







Selamat tinggal Venice, the silent soul.  Till we meet again.

17 comments:

pakurawan said...

peh mmg puas hati la baca!

~PENCHENTA~ said...

fuh. seronoknya. 0.0

Syafinaz Alizaini said...

*veice masuk dalam dreamlist nak singgah*

arekymz said...

wahaha.
seronok nye ke negara org.
bape ribu abis?
nak tau gak.
nnt leh kumpul.
hehehe.

|nurhidayah| said...

irresistible reading!
hah,cam mknn la pulak.

sejarah mmg penting,definitely agree.but,it's very unfortunate when we've been indoctrinated dat history is juz a mere memorising without the understanding.

hasilnya,byk yg xsuke sejrh,m'abaikan sejrh.

byk bce sjrh ek?nmpk berisi entri ni

Ain Mardhiah said...

venice unik sebab dia pulau buatan manusia yg agak hebat klu tak silap akak. ada beratus2 jalan air dan beratus-ratus jambatan. tapi dia lebih femes sebagai pulau fantasi. kalau awak perasan semua benda dalam venice jarang ada kat tempat lain. kalau ada pun, sangat tak sama. dia punya historical culture tu macam agak high class sket punya classical.barang branded dah macam kedai runcit, senang sangat dapat. Pendek kata, macam syurga dunia la venice ni kalau nak cerita.

kalau awak pergi time air laut tengah pasang, piazza san marco tu nanti macam jadi kolam kat tengah2 sebab air naik atas lantai dia. unik tengok dia pasang surut pasang surut.

gondola memang agak mahal, tapi actually berbaloi je dengan benefit dia - awak boleh rasa debar dia lalu bawah setiap jambatan dari setinggi2 jambatan ke sependek2 jambatan yg sampai gondola kena senget (amali teori fizik), boleh lalu sebelah ex-rumah mozart, boleh sembang dengan pakcik2 gondola yang sangat banyak experience menarik yg orang lain takde.

Akak tak sempat nk pusing museum2 kat venice. Padah tersangkut lama kat jambatan, berangan. huhu. khemah plak kat seberang tanah besar, so taksempat nak tengok venice waktu malam. Tapi venice memang cool~ =)

Akhyar said...

peh,teringin nak pegi.

Nurul Athirah said...

aku terfikir cam ko ni patut tulis novel oh..

mrantau da banyak,,
tempat untuk latar pun ada
plus ko pye pengalaman ow..

all the best .

tepianmuara said...

hazen,

hah. puas lagi kalau dapat sampai ye dak?
aku tunggu venice kau pulak.


penchenta,

=)

tak pandai buat smiley lain.



syafinaz,
soon, insyaAllah.



arekymz,
seronok, seronok alhamdulillah.
berapa banyak habis?
xdelah sampai lima angka..hah


nurhidayah,
kenapa tak menulis lagi di blog??
atau menulis di tempat lain?

err, maaf bertanya.

sejarah memang sangat penting. dan penting juga dalam melihat sejarah, tidak kita mengelamun indahnya masa silam tanpa melihat ke hadapan kan?

eh, xdelah banyak baca pun. terbaca. lalu tulislah. =)


Kak Ainul Arina,

Wah! Wah!

pencinta Venice ni! =)

akak berjaya melihat Venice dari sisi berbeza.

Yup, selalu juga dikatakan 'pergilah melawat Venice tu sebelum dia tenggelam'.
Kerajaan Itali khabar nak buat projek 'menyelamatkan' Venice. Tak tau dah jalan ke belum. (atau dah siap)

haa, mungkin lain kali datang saya akan naik gondola pula. ha.

Berangan kat jambatan?Rialto Bridge?tapi jambatan tu memang bersejarahlah.

Saya pula semangat akak komen panjang-panjang ni. terima kasih sudi singgah di sini.



Akhyar,
kalau kau yang cakap, aku nak katakan,
"pergilah, bawa bini."
aha.


cokelat dolfin,

err, asal cokelat dolfin? sedap ke?? erk.

aiya, jangankan novel, menukangi satu cerpen pun tak siap-siap.

tapi sebenarnya, mengaharap juga, sekurangnya adalah satu selama hayat ni. ahah. Doakanlah.=)

kepalakotak said...

damn, mesir revolusi la pulak time ni. nak jalan mana pun tak dapat. ramah betul ko eh?

|nurhidayah| said...

ermmm.pause sekjp,pondering on myself.

terbaca sejarh?is there such term?
when it comes to history,ppl either dun read it at all,ppl who read bcoz of exams or ppl who read bcoz they have deep interest in it.

zikri said...

secret battle of majesty...ni cite kungfu masa knk2 dulu an.. aik, bila nk ke tembok besar pulak,encik abg?

tepianmuara said...

>kepalakotak

Mungkin memang Tuhan mahu hadiahkan masa lebih bersama keluarga?

Ramah? tengok masa dan keadaan kot.



>nurhidayah

Hmm,baiklah. Saya mengaku. Memang minat sejarah. Pengaruh tak langsung mak abah mungkin. Tapi malu. Sebab banyak tak tahu.

Moga kita orangnya yang mahu dan mampu melihat sejarah diri dan mengutip pengajaran daripadanya.

=)

tepianmuara said...

hanis zikri,

Haaaa.
betul2.

setia sungguh kita kan tengok cerita2 tu.
lepas satu siri, satu siri yang lain.
abah marah pun buat tak kesah. heh.

Tembok Besar? Dare come with me, adik?

zikri said...

erm.hanis senyum je..klu ade rezeki lah bang..china mmg dah ada dlm list sejak kecik lg-pengaruh media-..let time decides..

Anonymous said...

yup. china.
sgt teramat teringin melangkah mnjejak kaki ke sana.
sejarahny yg ad kaitan dgn terpasaknya islam seantero dunia
memanggil2 hati utk ke sana.
ya. peranan media dhulu kala tak dinafikan mmberi sumbgn juga.
moga2.
dipnjgkn langkah utk ke sana~

tepianmuara said...

hanis,

jom jom nis. kita ajak anon kat bawah tu sekali! hah.

anon,
yup2. sejarah juga yang selalu mengertikan kan.=)