02 September 2010

Merdeka

-Penat nak tunggu dia berkibar. Ni pun tidak sempurna. halaa-





Lambat mungkin. Harapnya belum terlewat.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat tanah air tempat lahir, bumi saya bertapak, dan langit yang saya junjung ini, MALAYSIA.

Merdeka kita terzahir mungkin bukan dengan merah likat darah yang tumpah, tapi dengan persetujuan meja rundingan. Bukan bererti kita bangsa pengecut, bahkan memang seorang pemberani diperlukan untuk mara berbincang. Dan sejarah juga berbicara dengan kita pengorbanan (darah juga) pejuang awal kemerdekaan, yang kadang namanya luput dari ingatan dan sebutan bibir kita, namun semerbak harumnya dalam laman jasa.

Justeru, merdeka kita sama mahalnya, jika tidak lebih, dengan merdeka mana-mana negara.

Merdeka ini untuk sama kita isi dan pertahankan.
Lalu sebelum itu, tentu kita perlu jelas apa sebenarnya makna 'merdeka'?
Nah, apa kata kalian?

Tiada apa buah tangan mampu saya beri, cuma...
hayatilah sajak tulisan A. Samad Said, sebuah nama yang tentu tidak asing bagi kita rakyat Malaysia.



"Tanah air memberi banyak, mesra mendakap kita;
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti.
Dan kita sudah sampai di lereng indah, pasti
tetap mendaki juga, menyanggah musuh, menambah
kawan tanpa jenuh, khuatir juga tanpa rawan,
Dan dalam alaf baru semangat kita wajar padu,
berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa-
bangga kerana merdeka, megah kerana bahagia." 






Lihatlah, nikmatlah jernihnya air;
Dengarlah; hayatlah angin berdesir.
Inilah dendang bumi yang kaya
kita warisnya sungguh bertuah.


Berfajarlah kemerdekaan, bersenjalah
kemesraan dengan tugas,
mesti diisi dengan
denyutan nadi rohani
mendaki banjaran baru
Keris di kanan, Rukun di kiri
benih pertama di bumi murni
taman zuriat ke tanjung abadi.

(dipetik dari halaman 31 dan 32, Dirgahayu Dr Mahathir dan Kepada Pemimpin Yang Itu)


 Merdeka. Tak mesti dengan , sambutan gah,  nyanyian orkestra,  pancaran bunga api, dan laungan sekuat hati, kan?

Senyum.

10 comments:

Iqin said...

salamat dau merdeka ke-53
hituk, gem dau anih hayu hayu

*selamt mnymbut hari merdeka ke-53
ingat, kekalkn kmrdekaan kita

slm dari srwk~haha!

arekymz said...

assalam.
betol2.
sambutan nye xperlu lah smpai bermaksiat kat tempat sambutan.
suke bace rangkap pertma.
sedap je bace..
;)

Anonymous said...

merdeka.

Jiwa dan jasad jom.

pakurawan said...

ceeehhh..

ko dah ada rupanya.

tepianmuara said...

>iqin othman
wah, sarawak??
dak sambest kan.
aha, ya, ya, kekalkan merdeka.

>luqman
kalau dah nama A Samad Said, celah mana pun sedap rasanya.=)

>aeisyulillah
perjuangan belum selesailah begitu ya.

>hazen
Kata orang, berilah yang paling kita sayang.
Tapi kali ini, yang ada bukan hanya satu,
dan aku tak perlu berkorban.

(cis.aku jatuh hati. jadi, terus beli satu lagi.)

Miss X said...

Iqin Othman : Biak Swk ka? Mun da duit, da masa lan datang sitok Joden. Hehe.

Haniff & Ust Hazen : Apekah?

Tak berapa suka sebenarnya dengan Merdeka 31 Ogos. Terasa bagai dipaksa-paksa patriotis. Tambahan lagi, latar 31 Ogos 1957 itu sebenarnya terlalu banyak yang menipu. Banyak jasa dipadamkan. Saya mahu merdeka yang asli!

Aishah Nur Hakim said...

1. kamu delete ke komen akak? tak kan? mesti akak yang tak submit. Allah tak izin lagi la tu, akak tulis tak patut kot. padahal first komen tadi.

2. tolonglah tak perlu ada word verification.

3.tak aci la tak boleh anunimus kat sini.

4. paling meyakitkan dari pak samad: 'suatu yang kamu tak hendak tapi tak dapat, di situlah nikmat yang paling padat'

tepianmuara said...

Ni serangan dari Kampung Daun pula nampaknya.

>Kakashi
err...blog ini ada dua admin ya..hah
bicara kami bicara orang muda.

memang kaki protes sejak kecil ni. Bagi saya, ok sahaja.Biar generasi muda ini ada rasa 'sense of belonging','common ground', menghargai tanah air, sayang negara.
(atau konsep negara itu sendiri akak mahu debatkan??)

tarikh dan sejarah biar nanti tangan lain yang murnikan.


>Kak Aishah
1.Ish..tak tergamaknye saya nak delete.
2.err..ok..dipertimbangkan (ayat macam nak bagi harapan...)
3.alaa..kawan pernah juga kata, anunimus ni komen jujur.tapi, anggap saja saya kurang berani, dan lebih selesa begini dengan manusia2 yang saya kenali.
4.pernah dengar dulu nh, tapi ntah bila. yup2.nikmat pada 'ketidaktahuan' dan rasa berserah antaranya.

Aishah Nur Hakim said...

mahu debatkan konsep negara biar jadi komuniskah? heeee...kita-kita sudah selesa dengan kenegaraan. entah bagaimana kalau segalanya dimiliknegarakan.

bukan kurang berani, cuma mahu selesa dari teka teki kan?

tadinya cuma mahu bilang, saya suka yang amat sudah punya buku yang disebutkan.

jadi terima kasih buat dia, dan kamu

:)

Iqin said...

kak syahida, sik ada duit la~hahaha